RSS

Pages

20 CNBRJG n KTUPSR2008

ak rase ramai da bace mende nih..
n rmai org post kt blog diorg..
dpt dr ne asal nye ak xtaw...
sori la yer tuan punye mende ni~
wpun hampir sume org da bace, tp ade lg manusia yg lom pnh bce..
utk org2 yg lom bace je ni..heheh (da xde mnde nk dipost)

20 CARA NAK BUAT ROOMATE JADI GILA!!!...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


Karangan Terbaik UPSR 2008

From quaintly.net:

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

0 comments:

Post a Comment