RSS

Pages

iNFo

sape2 yg lom bce lg ley la bace...



16 April 2009

ANAK PADERI PELUK ISLAM

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Bacalah dan Renungkanlah. ...

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokonganpenuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunyamembekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarahrumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagaimasalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Adakami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dansebagainya.


Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kalikunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Palingberbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi darikalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islamyang dimurtadkan!Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. SewaktuTingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islamyang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran inisetanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaranAgama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan sayam eny ebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang sayakira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.


Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka denganUstaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu)."cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelasini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu sayabersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.


Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atasnama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". sayakemukakan beberapa persoalan, antaranya;-- Mengapa orang Islam sembah Kaabah-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian danIslam adalah agama langit.-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadimembebaskan kezal ima n dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad..-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

-Injil sekarang dikatakan diseleweng.. Kalau begitu mana yangasalnya.Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu sayamenjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhananJesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz ituke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyatabapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustazitu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orangmalaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disampingmengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. sayamemerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.


Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorangberjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa benderabertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta sayamembuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikutimereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubahhitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedangsaya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya danberkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkansaya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan denganpihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan olehUstaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa sayatelah tahu!


Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula denganmengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan pelurusenapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkankeluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumahustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaikhabis kontrak mengajar di Sabah ..

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulanrakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapimengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulanRaihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gerejasewaktu di Sabah dulu..


6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudiansaya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan diNegeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramaipendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasatiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkanorang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkindengan Kualiti bukan Kuantiti saja!


Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajardi PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Sayakatakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak sayadunia dan akhirat.

Walaupun ayah m eny ambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-bukuyang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukanayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di MaahadTahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah sayamenganut Agama Islam!


Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis danmenangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjaditerlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...sayabayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kamimenangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai olehayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.


Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari iniberpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan SunnahRasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kitacari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalansupaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universititentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu...Islampun baru setahun jagung....."


Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikappendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islamkerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayatiIslam..

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialogtentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untukbergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya jugadiancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog denganpuak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila UmatIslam sendiri menyulitkan saya.


Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketaraialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum musl ima h, pura-purabelajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..purapura....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti PutraMalaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!


Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderitermasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.

KALAUTERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid.. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dansebahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !


TOLONG FORWARDKAN!! !Demi islam...Demi agama yang tercinta...insyaAll ah...

HALALKAH REZEKI KITA.....???BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!!KITA MAKAN......BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN......NAK SELAMAT DIAKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!RENUNGKANLAH. ........... ...WASSALAM! !!



p/s: nasib bek upm bkn ump..takut..da r ak ni iman senipis kulit bawang..

0 comments:

Post a Comment